Tuesday, November 7, 2017

Out of norms

6/11, 09:45 am

1.
Insan,
Sifatnya aku puji,
Kasihnya aku cari,
Perhatiannya aku ingini.

Insan,
Selalu tersenyum penuh misteri,
Walau hati sering teruji,
selalu melebihkan dari diri sendiri,
untuk melindungi yang disayangi.

Insan,
Kadang harungi liku berduri,
Kadang jatuh kerana tersakiti,
Kadang mengalh saat tempuhi,
Namun yakin pada Ilahi,
Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Lihat,
Dengar,
Perhati,
Kita bukan seorang diri,
Yang menyayangi jangan mandiri,
Yang kurang peduli tukar strategi,
Sumbanglah pada komuniti Islami.


2.
Jatuh?
Bangun!

Jatuh lagi?
Tidak mengapa, bangun!

Lagi?
Kau kuat, Dia ada.

7/11, 11:45 am

Aku?
Siapa aku?
Manusia hina yang banyak dosa,
Manusia biasa cetek ilmunya,
Manusia keji kerana kata2nya,
Manusia banyak berlambak kurangnya.

Aku?
Memang bukan sesiapa,
Bukan bidadari dari syurga,
Bukan juga terjaga amalnya.

Mungkin aku,
Juga jauh dari Dia,
Juga bergeluman dengan noda,
Ya,  aku hina.

Mungkin aku,
Melatah tak tentu hala,
Berfikir hanya setengah kilometer,
Sedangkan destinasi masih jauh gila.

Jadi, aku?
Berjalanlah sesudah bertatih,
Berlarilah sesudah berjalan,
Pecutlah andai bersedia,
Ambil kira semua,
Dia sentiasa ada.

No comments:

Post a Comment