Assalamualaikum everyone! Welcome or welcome back to my ignoble blog :)
This particular information should've been made informed earlier, but well, I guess this is some kind of later-released-info-to-keep-you-reading? Haha. Though I did mention the dates, specifically speaking our trip is of 12 days 10 nights, with 7 days spent in Mecca and 5 days spent in Medina. Dan selalunya, 2 hari daripada tempoh tersebut, adalah untuk hari perjalanan, dari KUL-JED dan MED-KUL, atau sebaliknya.
So, let's get into it!
Once we're done with our last Umrah, we are to leave Mecca for Medina, sadly. Tetapi, kesedihan itu hanya sementara, kerana perasaan itu digantikan dengan keterujaan untuk bertemu sosok tubuh yang sentiasa kasih akan kita, walaupun tidak pernah bersua. Menurut sebuah hadis, jika kita berselawat ke atas baginda dari Malaysia sekalipun, selawat dan salam itu tetap akan disampaikan kepada Rasulullah SAW, tetapi keterujaan untuk berada betul-betul dekat dengan tempat Nabi dikuburkan tak dapat saya gambarkan. Segan tapi seronok.
Para pembaca bolehlah merujuk kepada hadis ini, berkenaan menyampaikan salam & selawat ke atas Nabi SAW.
Berkenaan dengan salam kepada Rasulullah SAW, dikatakan bahawa dengan jarak jauh sekalipun akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ini berdasarkan kepada banyak nas, antaranya:
إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً سَيَّاحِينَ فِي الْأَرْضِ يُبَلِّغُونِي مِنْ أُمَّتِي السَّلَامَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang berjalan-jalan di bumi, yang akan menyampaikan kepadaku salam dari umatku.”
Riwayat al-Nasa’ie (1282) dan al-Tirmizi (3600)
dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1480)
Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2962-al-kafi-1010-mengirim-salam-kepada-ahli-kubur
Day 7 (22 Okt 2022) Sabtu
0500 : Subuh di hotel
0830 : Letak beg di lobi hotel, tawaf
wada’
0930 : Habis tawaf wada’, rehat, Zuhur di bilik, lunch
1400 : Bertolak ke Madinah naik bas
1630 : Sampai R&R, dinner nasi
kering hahah
1900 : Singgah solat di Masjid Abdus Sitar(?) untuk solat jamak, tak jadi singgah Masjid Bir Ali
2130 : Sampai Madinah, check in hotel Nozol Royal Inn (tingkat 10 bilik 08)
Tawaf wada' = juga dikenali sebagai tawaf selamat tinggal. Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, tawaf wada' dilakukan jika hendak meninggalkan tanah suci Mekah atau jika ingin kembali setelah meninggalkannya ke sebuah destinasi yang melebihi 2 marhalah.
Wada'/Wida' = merujuk kepada perkataan yang sama, namun saya tidak cukup ilmu untuk membahaskan perbezaannya dari sudut bahasa. It has been used interchangeably.
Masjid Bir Ali = ialah miqat untuk berniat Umrah bagi sesiapa yang masuk Mekah melalui Madinah.
|
Ha tu nama sebenar mutawwif kami. Tak panjang pun kan haha. |
|
Untung selipar ni, datang jauh-jauh, pastu terkoyak, pastu dikuburkan di Mekah huhu. Tapi jujurnya elakkanlah pakai selipar begini, janggal betul pergi ibadah pakai selipar corak kartun. Ana dah cuba cari selipar lain sebelum pergi, disebabkan ana rasa leceh dan sebagainya, ana pun buat keputusan untuk bawa selipar ungu ni je lah. Tak panjang pun jodoh dengannya. |
|
Mohon abaikan suasana yang agak tidak terurus. Gambar ini diambil sejurus sebelum kami meninggalkan bilik untuk tawaf wada'. Ianya hanya sebagai kenangan tempat kami berteduh di bumi Makkah al-Mukarramah. |
|
Biliknya agak kecil, tapi sudah cukup selesa kerana fungsinya memang hanya untuk tidur/berehat. Cuma mungkin airnya agak panas untuk kegunaan mandi/istinjak/membasuh. Walaupun tak diserang eczema, tetapi kering jugalah anggota badan dek kerana panasnya air dan keringnya cuaca. Saya tak pasti ini isu pengurusan hotel atau memang isu yang melibatkan semua hotel di Mekah ketika musim panas. Terutamanya air di sinki, panasnya berasap-asap ya huhu. It's just a heads-up for yguys. Bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak tau. Apapun alhamdulillah, ada tempat berteduh, merehatkan diri di sana. |
|
Haruslah kita bergambar kenangan, dengan doa semoga kita dijemput lagi ke bumi barakah ini amiin. |
|
Tak minat minta tolong orang ambilkan gambar, jadi kita berswafotolah di pekarangan Masjidil Haram. Nak bergambar di hadapan Ka'abah perlu sedikit usaha, keberanian & kepantasan. Tak mengapa, kenangan itu akan sentiasa kupahat di dalam minda & hati. |
|
Ini suasana tawaf sekitar jam 9-10 pagi di dataran Ka'abah. |
|
Disebabkan tuala hotel ini sangat selesa, saya pun ambillah gambar jenama & jenis tuala. Benarlah, tak semua yang kita mahu, kita dapat. Tuala ini hanya dijual kepada syarikat-syarikat perhotelan, dan tidak dijual secara runcit ya. Terima kasih Petunia :)) |
|
Cuaca di Mekah sepanjang tempoh saya dan keluarga di sana. Panas tapi ketika di sana tak terasa bahang sangat seperti di Malaysia, walaupun suhunya lebih tinggi. |
|
Selamat tinggal bumi barakah, kami datang lagi ya nanti? |
|
Dalam perjalanan menuju bumi Madinah, singgah untuk makan malam di sebuah perhentian. Mama kata Pak Arab tu ada iras-iras sepupu Mama. Keluarga kami tak dapat genetik Arab tu hehe. |
|
Inilah makan malam kami. Agak kering untuk tekak Melayu macam saya. Sebab orang Arab memang makan tanpa kuah. Tak mengapalah, asalkan dapat nasi :)) |
|
Inilah Hajjah2 dalam kumpulan saya. Ada seorang lagi yang tak berada dalam gambar. Saya bukan yang paling muda pun haha. |
|
Ini pula Haji2 dalam kumpulan saya. |
|
Langit di Tanah Haram ni memang lain ya. Sentiasa cantik dan menenangkan. |
|
Inilah Masjid yang saya sebut tadi. Direzekikan ke sini menggantikan Masjid Bir Ali. |
|
Setelah menetap di tempat yang agak zuhud di bumi Mekah, kami sangat tak menyangka betapa bezanya penginapan kami di Madinah. Syukur, alhamdulillah. |
|
Ini pemandangan dari tingkap hotel bilik kami. Hotelnya menghadap Masjid Nabawi tapi yang nampak dari tingkap cuma satu menara sahaja. Jaraknya memang dekat, cuma 150m sahaja. |
|
Jika diikutkan kadar bayaran hotel setiap malam, sudah pasti tak mampu kami nak duduk sini. Kami pun tertanya-tanya berapa banyak keuntungan yang syarikat Umrah kami dapat? Sebab rasanya lagi banyak yang kami dapat daripada yang kami bayar, alhamdulillah. Malah sebelum berangkat ke Mekah pun, pelbagai benda yang kami dapat; sejadah Raudhah, kurma Ajwa, kit ubat kecemasan, buku panduan Umrah, buku Yasin & tahlil. Bahkan urusan visa, tiket kapal terbang, penginapan, pengangkutan, makanan pun semua termasuk dalam bayaran. MasyaAllah memang banyaklah yang kami dapat. Terima kasih TA kami. |
Buat kamu yang tertanya-tanya, kami mengambil pakej Umrah bilik ber-3 dengan bayaran lebih kurang Rm7490/orang untuk 12H/10M. Pakej kami ialah 'full-board' iaitu termasuk makanan 3 kali sehari. Memang lebih dari cukup. Jadi, untuk sesiapa yang tak perlu makanan sekerap itu atau teringin cuba makanan tempatan, bolehlah ambil pakej yang menyediakan sarapan sahaja. Pada hemat saya, itu pun sudah memadai. Maybe for first-timers, you'd be shilly-shallying, but fret not insyaAllah, it's not hard finding a restaurant for breakfast, lunch or dinner. Mekah khususnya seperti satu tempat yang tidak pernah tidur, kerana sentiasa menerima tetamu setiap waktu. Kedai-kedainya juga tak pernah ditutup setahu saya, kecuali pada waktu solat. Jika di Madinah, lain sedikit, tapi dengarnya tak susah mana untuk mencari makanan. Melaut lah orang kata hehe.
Day 8 (23 Okt 2022) Ahad
0444 : Subuh di Masjid Nabawi
0800 : Kumpul untuk ke Raudhah dengan kumpulan lain, bersama mutawwifah
0900 : Selesai di Raudhah
0925 : Balik hotel
1130 : Gerak pergi Zuhur bersama Abah,
pertama kali kena cari ruang solat sendiri sobs (Mama tak berapa sihat masa ni)
1300 : Lunch
1630 : Ziarah dalam Masjid Nabawi
dengan Ustaz Amin
1745 : Baru habis ziarah, berlari pergi perbaharui wudhu’
1749 : Maghrib di Masjid Nabawi, di luar
1830 : Isya' di hotel, kepenatan
Raudhah = merupakan salah satu dari taman-taman syurga. Tempatnya adalah di dalam Masjid Nabawi iaitu di antara mimbar Nabi SAW dan rumah baginda. Keluasannya cuma 330m persegi. Pada tahun-tahun sebelumnya, saya dimaklumkan bahawa kawasan Raudhah dihamparkan dengan karpet berwarna merah untuk membezakan ia dari kawasan masjid yang lain. Namun ketika saya di sana, hamparan karpetnya sama sahaja seperti kawasan masjid, mungkin untuk mengelakkan kes-kes berebut dan sebagainya.
Even when writing this post, I am trying really hard gathering all those minute details, hoping that I won't miss any important message for yguys. Thus, again and again, I am reminded that writing in this blog is one of the ways for me to retain such memorable journey, insyaAllah. So, please don't get me wrong, okay?
|
Pertama kali menuju ke Masjid Nabawi, seperti yang dijangkakan, ramai manusia di sini, tetapi alhamdulillah tidak sesesak di Mekah. |
|
Just like any other mosques, the entrance for women and men are separated. But initially it felt weird because that isn't the case in Masjidil Haram hehe. And from our hotel, the nearest door is door number 22. Though, it isn't the entrance for women. |
|
There'd be guards at every entrance to avoid 'jemaah' entering from a false gate.
|
|
The mosque is such a breathtaking beauty, subhanallah. |
|
And look at the colour palette of the sky! |
|
Ini adalah kawasan beratur sementara menunggu giliran untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah. Untuk pengetahuan pembaca, buat masa sekarang, kemasukan ke dalam Raudhah memerlukan e-tiket yang boleh dimohon melalui aplikasi Nusuk. Namun untuk memudahkan urusan jemaah, TA kamu boleh memohon e-tiket tersebut dan seterusnya melayakkan kamu untuk masuk ke dalam Raudhah sekali. Jika kamu ingin masuk Raudhah beberapa kali, bolehlah memohon melalui aplikasi tersebut. Tak susah pun, cumanya memang ikut rezeki. Walaupun sistem dah maju, dan agak kurang sesak, kadang-kadang jemaah disuruh datang pada waktu selain yang tertulis di e-tiket tanpa notis awal. Jadi, sebolehnya, ikutlah rombongan ke Raudhah bersama mutawwifah yang sebanyak satu kali itu. Jadual untuk Haji dan Hajjah juga berbeza ya.
Kata mutawwifah, akan ada banyak perubahan tentang tatacara dan pintu masuk ke Raudhah. Ianya bergantung pada kerajaan Arab Saudi, jadi tak semestinya apa yang saya kongsikan sekarang akan terpakai untuk kamu yang membaca. Keep yourself updated, okay?
TA = travel agent |
|
Kawasan Raudhah ini sebenarnya berbentuk segi empat, dan walaupun diasingkan waktu masuk Raudhah untuk Haji dan Hajjah, kawasan Raudhah yang dibuka untuk Hajjah tidak sama dengan Haji. Merujuk pada gambar, binaan di sebalik tirai itu adalah mimbar Nabi SAW dan ianya boleh dilihat secara terus di kawasan Raudhah bahagian lelaki. Pesan saya, biarpun kita digalakkan untuk memperbanyak doa di Raudhah, janganlah kita mengenepikan adab sesama manusia. Elakkan bertolak2, berebut2. Malulah kita di hadapan Nabi SAW. |
|
Bidadari sorga |
It's always fascinating to watch this. Subhanallah <3
|
Inilah kawasan hotel kami. Sangat dekat, alhamdulillah. Oh ya, jika kamu hendak membeli-belah di sini, carilah kedai-kedai yang semakin jauh dari Masjid Nabawi, insyaAllah harganya lebih murah dan berpatutan. |
|
Sebelum masuk waktu Maghrib, ketika ziarah dalam Masjid Nabawi. Cuma sayangnya, mutawwif tak sempat bawa ronda keliling masjid. Gambar ini diambil sejurus selepas payung-payung gah itu ditutup, sebab dah waktu malam. |
|
And again, look at the sky!! Subhanallah <3 |
Day 9 (24 Okt 2022) Isnin
0507 : Subuh di hotel, abah subuh Masjid Nabawi
0700 : Breakfast di hotel
1130 : Zuhur di Masjid Nabawi, habis solat jalan2 sikit tengok dunia melalui gate 338, pastu patah balik hotel panaihh
1300 : Lunch di hotel
1535 : Asar di Masjid Nabawi
1715 : Maghrib n Isya' di Masjid Nabawi
|
Pemandangan dari ruang makan di hotel. Oh ya, dari hotel kami, jika hendak ke Masjid Nabawi, perlu melintas jalan, tapi tak ada lampu isyarat atau laluan pejalan kaki. Pun begitu, pergerakan sentiasa lancar dengan toleransi pemandu dan bantuan polis trafik. |
|
Seronok dapat pergi dengan Mama Abah alhamdulillah. Rezeki sangat. |
|
Again, just look at the sky! |
|
Terima kasih jadi contoh terbaik buat saya, Mama Abah. Ketika hati mulai rindu ketenangan di kota Mekah, sejadah di Masjid Nabawi membuatku rasa seolah-olah di sana. Kalau boleh usung sejadah itu bersama ketenangannya sekali, saya mahu! |
I think this is it for the third part of my Umrah trip. Stay tuned for another 2 parts I guess? Till then, assalamualaikum dear readers :)))