Assalamualaikum, semua :)
Buat sesiapa yang sentiasa mengikuti blog ini, sudah pasti tahu mengapa ianya dicipta dan masih diteruskan walaupun tiada pengunjung. Ini mungkin kali pertama dan terakhir sebuah 'post' ditulis dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Ketahuilah, bukan mudah untuk menulis dalam bahasa Melayu setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan. Pun begitu, saya tidaklah berbangga menulis dalam bahasa penjajah. Apa yang saya boleh kongsi ialah, jujurnya, saya merasakan saya tidak mahir menulis dalam apa-apa bahasa pun. Namun, kerana menulis adalah salah satu cara untuk mengekspresikan fikiran, pendapat dan pengalaman saya, saya memilih untuk menulis dalam bahasa Inggeris. Memang peliklah kalau saya cuba sampaikan dalam bahasa Melayu. Baru baca sepotong ayat pun saya dah bosan haha.
Ini adalah sambungan 'post' mengenai ibadah Umrah & Ziarah bersama Mama & Abah. Cuma, tulisan kali ini lebih kepada tips dan pesanan untuk para pembaca yang akan menunaikan ibadah Umrah nanti. Juga sebagai peringatan untuk saya, di masa hadapan, insyaAllah. Moga-moga Allah menjemput kita semua ke Mekah & Madinah secepat mungkin amiin.
Berakhirnya satu perjalanan indah yang penuh pahit manisnya. Tapi yang lebih memberi kesan, tentu sahaja manisnya. Perasaan seronok tatkala menjejakkan kaki ke rumahku syurgaku memenuhi ruang hati tapi tak terbanding seronoknya berada di tempat yang penuh barakah, hingga setiap kata dan lintasan hati menjadi doa yang senantiasa dimakbulkan. 'Then and there', orang kata.
Tips & Pesanan (daripada rookie kepada rookie)
- Bawalah baju lebih terutamanya jubah/pakaian untuk di luar, terutamanya jika kamu tidak bercadang untuk bawa balik barang banyak sangat (perkhidmatan dobi ada je, tapi masih kena basuh yg kecik2, akhirnya guwe basuh je semua, dan sebab takut dobi ganaih sangat tercabut manik2 baju saya haha). Kalau bawa baju 'ironless' lagi bagus.
- Perbanyakkan 'exercise' sebelum pergi, supaya dapat kurangkan insiden kekejangan/penat yang melampau dan dapat pengalaman ibadah umrah yang selesa je.
- Bawa ubat-ubatan biasa dari Malaysia. Farmasi memang berlambak tapi ingat, Arab Saudi tak menghasilkan apa-apa barang, jadi harga setiap benda tu agak mahal. Tambahan pula, sekarang 1SAR ≠ 1MYR dah huhu.
- Kalau pergi dengan makayah, walaupun mereka sihat walafiat sebelum ke sana, disarankan bawa 'portable chairs/chairs with walking stick attached', sebab tak tipu, ibadah umrah dan ziarah memerlukan kekuatan fizikal. Apatah lagi jika mereka berusia, memang berbeza dengan kita yang muda sikit ni huhu. InsyaAllah sangat membantu kalau bawa 'portable chair' ni.
- Lagi hebat kalau boleh tolak makayah naik kerusi roda, dan bawa kerusi roda dari Malaysia. Nak beli kat sana boleh tapi memang mahal. Kalau takmahu bawa balik pula, boleh je wakafkan di sana.
- Mengikut pemerhatian saya, memang berbeza jumlah jemaah ketika musim panas dan ketika musim sejuk. Jadi pilihlah tarikh mengikut kemampuan dan keselesaan. Saya pergi ketika penghujung musim panas. Cuaca memang panas tapi alhamdulillah, perkara yang saya paling takuti, tak berlaku; 'eczema flare ups'. Sebab walaupun panas, udaranya kering, jadi berpeluh pun cepat kering, tiada ruang untuk eczema mengganas.
- Semuanya, semuanya Allah dengar. Terlintas nak solat kat tingkat paling atas (sebab nak solat beratapkan langit), Allah bagi, walaupun taktahu jalan, cuma ikut arus sebab kalau kena sekat, amik jalan yang tak kena sekat. Terlintas nak tawaf di tingkat 1, Allah bagi. Terlintas nak period masa hari perjalanan pulang (supaya mudah musafir sebab rasa lama sangat merantau masatu), pun Allah bagi. Bunyi lintasan-lintasan hati ni macam remeh je, tapi Allahu lain macam mustajab doa di tanah suci ini.
- Pilihlah hotel yang paling dekat, jika mampu, sebab nak sampai ke tempat solat di dalam masjid tu, memang kena melangkah. Memang pakai kudrat, jadi saya syorkan pilih hotel paling dekat terutamanya bila buat Umrah dengan makayah kita.
- Baca buku panduan umrah ziarah bagi khatam. Hadamkan. Carilah tips-tips di media sosial, dapatkan gambaran/bayangan tempat yang kita nak tuju, macam kita bersedia untuk pergi melancong. Lebih mudah & tak gusar nanti insyaAllah.
- Bawa kasut dan selipar lebih, kalau hilang/tertinggal, agak susah nak jumpa semula (sebab ramai pekerja akan bersihkan kawasan masjid sepanjang masa), jadi tak perlu susah2 beli.
Assalamualaikum <3
yang akan sentiasa dirindui insyaAllah 💖 |
No comments:
Post a Comment