Wednesday, November 16, 2022

Umrah with Mama Abah - Part 4

Assalamualaikum everyone!

Moving on to the last part of the trip, it still feels surreal to have been there, with the love of my life, at such a young age. I've never imagined this day to come, but alhamdulillah, He always surprises me with all the good things even when I don't think I deserved it. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar. 

Adapun sebuah perkongsian yang saya pernah dengar; yang menyampaikan kita di Tanah Haram Mekah & Madinah itu adalah Allah yang memampukan setiap hamba yang dijemputNya. Kita mungkin mampu dari pelbagai segi, tetapi jika Allah tidak menjemput kita, maka tak sampailah kita ke sana. Dan apabila kita dijemput, buatlah persediaan sebaiknya, sebab kita taktahu bila lagi kita dapat menjejakkan kaki ke sana. Jadi, ustaz pesan mohonlah doa supaya kita dijemput lagi dan lagi untuk menjadi tetamuNya serta dapat menunaikan Umrah dan Haji secepatnya, amiin.

So, let's continue with my precious journal.

Day 10 (25 Okt 2022) Selasa
0350 : Wakeup gitu
0430 : Subuh di Masjid Nabawi
0600 : Breakfast
0700 : Kumpul di dalam bas untuk ziarah luar Madinah (semasa hendak turun ke tingkat bawah tu lah tiba-tiba ada latihan kebakaran(?), lif tak berfungsi, jadi kena turun tangga, 10 tingkat uiii, shian eomma saya)
0800 : Sampai Masjid Quba’, solat, beli kurma ‘fresh & frozen’
0830 : Sampai di ladang kurma, bergambar
0921 : Turun Jabal Uhud, ziarah perkuburan syuhada’ Uhud, Abah panjat Jabal Uhud
1000 : Habis ziarah luar Madinah
1130 : Zuhur di Masjid Nabawi, lunch at hotel
1530 : Asar di bilik
1748 : Maghrib di bilik (niat nak pergi masjid, tiba2 ada gangguan bekalan elektrik, lif tak berfungsi maka tak boleh turun), Isya’ juga di bilik sebab lif masih tak boleh guna (2 jam tiada elektrik), dinner pun tak turun
 
Masjid Quba' = merupakan masjid pertama dalam Islam, juga masjid kesukaan Nabi. Diceritakan Nabi SAW setelah berhijrah selalu mengunjungi Masjid Quba' pada setiap hari Sabtu. Jaraknya dari Masjid Nabawi ialah kira-kira 3.7km untuk pejalan kaki. Kebetulan setelah pulang ke Malaysia, banyak pula posting di media sosial saya, mengenai Umrah & Ziarah. Dari situ baru saya tahu, para pengunjung juga akan berusaha ke Masjid Quba' pada hari Sabtu dengan hanya berjalan kaki. Agak jauh, tetapi jalannya nampak teratur, ada papan tanda dan kedai-kedai yang kamu boleh singgah jika kepenatan.

Jujurnya, ada banyak perkara yang dikongsikan, dan sebagai seorang yang cetek ilmunya, saya hanya menerima sahaja apa yang disampaikan sepanjang Umrah & Ziarah. Namun begitu, sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap ilmu yang diterima, dan jika saya akan menyampaikannya pula, saya cuba pastikan apa yang disampaikan itu adalah benar. Semak sebelum sebar. Terutamanya jika bercakap mengenai hadis, sejarah kerana terlampau banyak hadis palsu yang masih disebarkan, dengan asbab ia tak mendatangkan keburukan pada sesiapa. Pun begitu, usaha saya agak terhad, kerana saya tidak berguru, dan kebanyakannya jika saya tak jumpa sumber, saya pilih untuk tidak sebarkan. Harapnya para pembaca pun begitu ya? Sentiasa amalkan tapis dan semak sebelum sebar. 

Ha ternampak hotel jemaah TH. Siapa je tak kenal TH ni hehe.

Inilah Masjid Quba' yang telah diperbesar.

Ini pula di bahagian dalam Masjid Quba'.

Silau ya, tu yang nak buka mata ambil gambar pun sebesar tu je.

Sesi membeli-belah kurma sejuk beku. Macam biasa, saya kurang gemar,
tapi Mama Abah suka je hehe

Seronok tengok rezeki orang lain menuntut ilmu di bumi barakah ni. Ada je jumpa warganegara Indonesia di kedai-kedai, kebanyakannya pelajar yang bekerja sambilan khusus untuk menarik pelanggan dari negara serumpun. Memang cakap Indonesia terus, takde Arab/English pun. Malah peniaga di sana pun, semuanya fasih berbahasa Indonesia sebab jemaah dari negara seberang memang ramai.

Kadang-kadang bakat fotografi saya boleh dipuji.
Kadang-kadang hampeh je haha.

Mama yang ambilkan gambar cantik ni hehe.

Tengoklah gambar saya ambil huhu. Tapi fokus saya sebenarnya
pada kucing yang teringin bergambar sekali tu.

I love this one too! Perasan tak ciri-ciri pohon kurma seakan-akan pokok kelapa sawit?
Cumanya, pada ketika itu, bukan musim buah. Jadi, tak jelas sangat bezanya.

Ini bukit yang menempatkan pemanah di tapak peperangan Uhud.
Saya masih tak boleh bayangkan bagaimana hebatnya mereka yang terlibat dalam merancang strategi perang, kerana hakikatnya ia melibatkan nyawa ramai orang.

Papan tanda informasi mengenai bukit pemanah Uhud.

Berhadapan perkuburan para syuhada' Uhud. Biasanya di makam-makam ini akan ada papan tanda peringatan tentang apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang dilakukan di tanah kubur.

Abah seorang sahaja yang panjat Jabal Uhud ni, Mama & saya patah balik ke arah bas.

Sambil menunggu Haji2 yang memanjat Jabal Uhud, ternampak bas untuk 'city-sightseeing' Madinah.
Jika diperhatikan hentian-hentiannya memang lengkap lah ziarah walaupun dengan hanya menaiki bas ini. Jika kamu bercadang untuk buat Umrah & Ziarah tanpa TA, ini mungkin pilihan terbaik semasa di Madinah.

Abah di atas Jabal Uhud. Gagah ya bapa saya.

Jemaah kumpulan 2 di hadapan Masjid Quba'.

Day 11 (26 Okt 2022) Rabu
0000 : Abah ke Raudhah, dengan e-tiket yang dimohon melalui aplikasi Nusuk
0330 : Wakeup
0400 : Subuh di Masjid Nabawi
0600 : Breakfast
0800 : Shopping baju orang lain
0930 : Naik bilik
1100 : Bersiap nak Zuhur Masjid Nabawi
1200 : Zuhur di Masjid Nabawi
1300 : Lunch
1445 : Solat Asar di Masjid Nabawi, cari baju lelaki dan baju Maryam
1715 : Gerak pergi Maghrib di Masjid Nabawi
1745 : Maghrib & Isya' di luar, payung tak tutup harini
2300 : Sepatutnya dijadualkan ke Raudhah, tapi bukan rezeki kami

While in Medina, it felt like we've got a lot of free time. The schedule is not too compact, but if you still have the energy and are willing to go for extra 'ziarah', you can always join them. It's called 'ziarah tambahan', and they are not included in the package. You will have to pay for the 'ziarah' but for me, the prices are reasonable. Though it's our loss that we couldn't join every trip there is especially when we're already there, but we still have to consider our physical wellbeing at that time. Sebelum ke sana, memang rasa boleh buat semua benda tapi apabila di sana, jujurnya memang penat. Tambahan pula, saya rasa agak janggal bergerak tanpa Mama Abah (sindrom anak bongsu tapi bukan bongsu pun), dan ketika itu juga rupanya saya diserang rasa penat kerana simptom PMS. 

Please do remember the disclaimers mentioned in Part 1, especially about republishing any parts of this post by any means, okay? 

I just feel like sharing this info since it's just a normal physiological phenomenon. And because it is quite a significant piece of a puzzle for you to understand the rest of my writings. 

Quoting from a blog writer too - 

"At a young age we are taught that periods are an embarrassing thing for a man to find out about, therefore at all costs you try and avoid letting any male person be aware that you might be menstruating. Mind you, we would not exactly shout from the roof tops that we were menstruating!" 

Source : https://www.hidden-pearls.co.uk 

Anyways, let's get back to our main purpose of this writing hehe.

Ini gate yang saya & Mama selalu pergi untuk ke pintu masuk ke ruang solat wanita.

Tak pernah bosan menyaksikan keindahan masjid ini, masyaAllah.

Uit bidadari lah hehe.

Uit bidadara pula hehe.

Inilah contoh e-tiket atau permit untuk masuk ke dalam Raudhah, maksudnya buat masa sekarang, secara tidak langsung semua jemaah diwajibkan mempunyai telefon pintar. 

Seronok pula tengok aplikasi ini menterjemah nama mengikut abjad satu persatu haha.

Kedai kesukaan kami haha. Tiga kali jugalah ke kedai yang sama :DD Berpatutan sungguhlah harga jubah-jubahnya. Mujur tak beli 10 pasang untuk diri sendiri. Kedai-kedai di Mekah & Madinah semuanya di tingkat bawah hotel, cuma harganya memang mengikut jarak dari tempat utama sama ada Masjidil Haram di Mekah ataupun Masjid Nabawi di Madinah. Semakin dekat dengan tempat tarikan tersebut, semakin mahal, begitu juga sebaliknya. Jadi, membeli-belah lah secara berhemah ;))

Day 12 (27 Okt 2022) Khamis
0330 : Wakey-wakey, sakit betul perut masa solat Subuh
0600 : Balik hotel untuk sarapan
0730 : Letak beg kargo di luar bilik
0750 : Tour Masjid Nabawi, ziarah wada’
0900 : Habis ziarah wada’, rehat
1100 : Lunch diawalkan
1200 : Checkout tapi flight pulang ke KUL pada jam 2230, ETA 1300 hari berikutnya
1230 : Zuhur duduk di lobi, Mama Abah ke masjid
1415 : Pergi cari tandas di Masjid Nabawi, jauh jalan, shian eomma
1500 : Asar duduk di lobi hotel
1630 : Naik bas
1700 : Gerak ke lapangan terbang Madinah
1730 : Sampai di lapangan terbang
1800 : Maghrib & Isya' di surau lapangan terbang
2230 : Masuk flight

Ziarah wada' = ziarah makam Nabi SAW sebagai tanda selamat tinggal sama ada hendak pulang terus ke Malaysia atau hendak meneruskan perjalanan ke Mekah. Digalakkan untuk ke makam Nabi (jika boleh), berdoa, solat sunat dan memberi salam kepada baginda. Ziarah ini juga kami lakukan masing-masing. Ziarah mengelilingi Masjid Nabawi pun diketuai Mama & Abah, sebab saya sahaja yang belum pernah sampai ke sana.

Day 12 (27 Okt 2022) Khamis
1300 : Mendarat di KLIA, alhamdulillah
1500 : Tiba di rumahku syurgaku

Ahh, I'm in love!!

Ini juga merupakan salah satu foto penting dalam diari hidup saya. Terima kasih bonda ayahanda untuk pengalaman berharga ini, tak mampu saya balas dengan apa sekalipun. Moga syurga Firdaus milik kalian berdua amiin.

Menuju ke arah perkuburan Baqi', tapi tak dibenarkan masuk pun. Semasa ziarah wada' ni pun masyaAllah, rasa sakit sangat abdomen. Tak sangka pula rupanya period cramps. Ana ingatkan gastrik huhu.

Kubah yang berwarna hijau itu, di bawahnya ialah makam Nabi SAW. Kami berdiri depan pintu no 1, untuk cuba meneliti binaan di makam Nabi walaupun tidak berapa jelas, tapi disuruh 'Maju, buk, maju' oleh mata-mata Masjid Nabawi.
Mungkin mutawwif terlepas pandang, tapi sepatutnya ziarah dalam Madinah termasuk ziarah sekeliling Masjid Nabawi. Biasalah, mutawwif pun manusia, tak perasan agaknya.

Do's and don'ts at burial ground

Naik bas untuk ke lapangan terbang Madinah

The sky!!


Lama betul menunggu rasanya pada waktu ini. Mungkin disebabkan PMS dan agak lama tak dapat berbaring/berehat sejak checkout, memang tersengguk-sengguk kami di luar menunggu dipanggil masuk. Dan yang paling kelakar, sepanjang tempoh menunggu, suasana diibaratkan seperti medan pertandingan siapa-yang-batuk-kebih-kuat, hehe. Lepas seorang, seorang. Semuanya terkesan dengan perubahan cuaca dan kekeringan udara di Tanah Suci.

Alhamdulillah, akhirnya kami pun masuk ke dalam kapal terbang jam 2200 dan bersedia untuk penerbangan selama 8 jam setengah dari MED-KUL. Saya dapat tempat duduk di bahagian 'aisle', bersebelahan Kak Izah. Sempatlah berbual sedikit, sebelum berlepas. Dan sejurus menikmati makan malam, saya tertidur sebelum sempat bekas makanan saya diambil, dan 'tray' saya masih terbuka.

Maybe because I was too tired and sleepy, and despite the background noise of a child wailing continuously (maybe he's in discomfort, I don't blame him or the parents), I still slept very soundly. I even had a dream. The dream was about my leg room becoming wider and more comfortable. Except that, it was not a dream ☺.

After about 4 hours of flight, I finally woke up to Mama's gentle squeeze of my right arm. Kalau tak dikejut, memang tak bangun sampai KLIA agaknya. First things first, I noticed that my emptied meal box was not there and my food tray was already stowed😮. Then, I look for my 'handbag', since it's the most normal thing to do upon waking up.

To my surprise, Kak Izah who was unable to sleep said "Are you looking for this, adik?", while holding onto my bag. "Akak tak kejut adik sebab nampak nyenyak dan letih sangat. Beg awak jatuh kat 'aisle', lepastu pramugara nampak, dia tanya tu beg siapa. Mujur ada nama awak, akak pun ambillah", she comforted me, as I was expressing extreme guilt and embarrassment while listening to her😦. After thanking and apologizing to her, I then went to the washroom to freshen up.

Funnily enough, it's the same FA who saw me sleeping like a log 😴 from dinner time until we actually touch down at KLIA. I only wake up for meals, and there's 2 of them haha. The same FA who missed putting a cutlery set in my meal, making me wonder for a sec "Am I supposed to eat this with my bare hands now?"😕, then quickly offered me my cutleries😄. The same FA who reproached me using a handphone during takeoff when in reality I was trying to switch it off😐. And the same FA who commented on my way of 'pushing' my cabin bag instead of 'pulling' it haha😅. "It's easier" he said.
Thank you for your wonderful in-flight hospitality and I hoped you find it amusing, as I surely did😂😂😂.  Malu woii tapi tak apalah, harap dapat menghiburkan wkwk.  


Dah sampai ke pangkuan keluarga terchenta.

Not the best picture, but was captured at the right moment.
Salahkanlah telefon Ati gais.

I think this is it. Until now, this is my journal of Umrah with Mama Abah in October 2022, before braving the storm of a HO-ship. See you in the next post, real soon, with a few tips & advices on Umrah & Ziarah.
Till then, assalamualaikum peeps :))

No comments:

Post a Comment