Sunday, November 13, 2022

Umrah with Mama Abah - Part 1

Assalamualaikum & hi everyone!!

It's really really hard initiating this post considering that now I know what it feels like to be missing 'The Haramain'. It's devastatingly sad, but in a good way, insyaAllah. I can never imagine how it'd feel before going to Umrah, and I can never relate, honestly. But now, I'd do anything (legal and permissible) to just be able to go and visit Haramain again huhu.

For reference : Haramain/Haramayn means "The Two Sanctuaries"; the traditional Islamic appellation of two holy cities of Islam - Mecca and Medina. Though I know only a few words in Arabic, the '-main' at the end of the word refers to number 2 - ithnain. And that's the end of my Arabic class haha.

And before all else, I'd like to apologise in advance, if this post is going to be delivered bilingually. Though I'll try my level best not to mix those 2 languages in a sentence, insyaAllah (and that's how a professional author is born amiin).

This trip deserves 2 separate posts in my journal -Mecca and Medina. And I've just learned that a journal is inequivalent to an itinerary haha. So, what I'm doing now is sharing my journal with you, not an itinerary. It took me 25 years to know that haha. Anyways, let's get to it!


Alhamdulillah, all praise to Allah, The Most Gracious, The All Hearing. On 16th Oct 2022, He invites Mama, Abah and me to Haramain, to perform my first Umrah. I was really wary about my doings, my ibadah, my acts especially 2-3 months before Umrah&Ziarah. To be honest, I was quite scared of the what-if; He cancels on me? I mean, only He knows how bad of a sinner I am huhu. I was constantly clouded by my mixed emotions- the excitement to perform Umrah with Mama & Abah at such a young age (alhamdulillah) but also the worry of all the wrong things I might be doing during Umrah (all the forbidden things done during Ihram). Apapun, ingatlah, Allah itu sesuai sangkaan hamba-Nya :)

I won't be mentioning our travel agent, but you can probably make it out of the photos below. It's just because, I don't want this post to be found easily with such a well-known company name written in my super-humble-no-one-comes-to-read blog post. So, yeah. But, of course I'll share the pros and cons choosing this particular agent- and I bet you'd find me praising them all the time hehe. In hope, that it'll help you a lil bit, here and there, in deciding your future travel agent for Umrah, insyaAllah.

Disclaimer :

1. This journal shall not reflect others' experience since they may vary according to countless factors - the travel agent, mutawwif, number of group members, the package, seasons, etc.

2. This journal is for this forgetful author who loves reminiscing in form of writings and photo dumping, not to brag about anything done/happened during our Umrah & Ziarah.

3. This journal shall not be reproduced/republished in any form - unless with written and signed permission from this no-one author.

4. Saya bukan seorang niqabis, niat saya pakai niqab di sana adalah untuk menggantikan 'facemask' demi melindungi diri daripada wabak dan juga udara yang kering. Jadi, mohon jangan jadikan saya kayu ukur niqabis ya. Saya cuma kurangkan pakai 'facemask' sebab bila berpeluh muka gatal. Kalau pakai niqab, bila berpeluh meresap, jadi tak gatal alhamdulillah.

Journal Umrah 16 Oct-27/28 Oct 2022 - Ustaz Hafiz

Day 1 (16 Okt 2022) Ahad
1500 : Depart from KUL airport
1900 : Arrived at Jeddah airport
2000 : Naik bas ke hotel
2100 : Sampai di Hotel Olayan Al Haram bilik 403 (tingkat 4 bilik 03)
2350 : Mula umrah pertama (Miqat di Qarnul Manazil dalam flight- 30 minit sebelum mendarat)

Miqat = sempadan tanah haram dengan tanah halal, di mana kita diwajibkan niat umrah sebelum atau semasa melintasi sempadan ini. Tak boleh masuk Mekah saja-saja tanpa niat Umrah, ini bukan destinasi pelancongan. Tanah Haram = Tanah Suci, Tanah Suci ≠ Tanah Halal. Faham kan? :))

Taklimat group 1&2 oleh Ustaz Amin & Ustaz Hafiz,
masih tak percaya lagi dah dalam perjalanan ke Tanah Suci,
allahuakbar

Bersama syurga dunia saya <3

Total flight duration was 8 hrs; from KUL-JED,
the longest flight I've ever been in.

Bukan hari2 dapat berada dalam perjalanan begini,
alhamdulillah.
I remember sleeping in the first few hours of the flight,
but after I woke up, I cannot contain my excitement, and though I felt sleepy,
my eyes weren't cooperating huhu.
Plus, the time difference - Mecca is 5 hrs later than Malaysia.
Maka saya berjagalah dalam 6 jam camtu, walaupun tahu patut rehat untuk ibadah nanti.

Taktahu pula MAS ada Amal ni, khusus untuk jemaah Haji & Umrah.
Usually, MAS flight travelling to JED/MED is filled with people going for Umrah,
from all over the world. So, even the FAs' uniforms are different, and obviously modest.
And I do have a backstory with the FA during our return flight, stay tuned okay?

FA = flight attendant

The sunset.
Our flight from KUL was at 1500 and ETA was 1900 (Saudi time).
Thus, we are to perform our Maghrib & Isya' prayer in the flight.

We're at Jeddah airport, alhamdulillah.
It really was a long flight hehe.

Pardon me, dear self for not capturing more pictures especially on the first few days,
I was just too focused on other more important things huhu.

Our stay for 5-6 days in Mecca, 350 m from Masjidil Haram.
Dekat tapi jauh hehe :D

The first pic I took in Masjidil Haram, cause long ago,
even camera phones are not allowed in the mosque.
This picture marks the end and completion of my first Umrah; umrah wajib.
Terlepas daripada kumpulan sebenarnya masa tawaf, lepastu solat sunat tawaf
dengan harapan jumpa orang lain. Sambil terjenguk2, dan agaknya nampak keliru nau,
pekerja pun hulur air zam-zam sambil cuba memberi solusi.
Pernah dengar tak bagaimana lintasan hati pun Allah makbulkan di tempat mustajabnya doa ni?
Jadi, saya cakaplah dalam hati, kalaulah dapat jumpa Mama.
Cause I don't even know which was the way to perform Sai'e. Rupa-rupanya kalau di sini, ikut je
ke mana semua orang pergi, insyaAllah, takkan sesat. 
Dan Allah izinkan, saya jumpa Mama di tempat Sa'ie, sebelum mula pun, alhamdulillah

Susunan gambar akan sedikit terganggu, sebab ada gambar dari group Whatsapp.
This is most probably captured by our mutawwif, at the first glimpse of Kaabah.
Allahuakbar, tak mampu saya nak perincikan perasaan masa ni.

Day 2 (17 Okt 2022) Isnin
0230 : Habis umrah pertama
0453 : Subuh di Masjidil Haram
0600 : Sarapan, tidur, rehat
1043 : Gerak untuk Zuhur di Masjidil haram
1300 : Lunch
1500 : Asar di Masjidil Haram
1700 : Ustaz bawa ziarah rumah Abu Bakar, rumah Umar, Maghrib & Isya’ di Masjidil Haram
Lepas dinner terus pengsan

Selepas solat Subuh, menuju hotel.

Breakfast with mummy :)

Waktu makan dia memang sesuai, setakat di hotel ni, sekali je terlepas waktu makan.
Yang lain semua alhamdulillah, sempat dan sedap, saya suka!

Merenung ke luar jendela~
Mengamati suasana tenang di Tanah Suci, tiada tandingnya,
allahuakbar

Ziarah biasanya gabung kumpulan 1&2.
Dan kebanyakannya Ustaz Amin yang sampaikan.

Cuba teka kawasan ni sebenarnya kawasan apa?
Masa ni saya pun taktahu saya tengah tengok apa huhu.

It turns out to be Masa'a- area to perform Sai'e.
Cantikkan? Subhanallah

At this point of time, I still didn't realised that I'd need maximum level of energy - to just be able to perform daily obligatory prayers, excluding Umrah. This information is merely to let you guys be well-informed that, going back and forth of Masjidil Haram isn't an easy task, specifically for the elders. And with our routine, we had at least 4 times trip to and fro of Masjidil Haram daily. And that surely requires physical and mental strength. Not to mention spiritual strength too, and luckily alhamdulillah Mama & Abah are my greatest source of strength. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Maybe I'll do a part 3; to share some tips and advices, for your future Umrah trip insyaAllah.


Day 3 (18 Okt 2022) Selasa
0414 : Subuh di Masjidil Haram
0630 : Breakfast
0700 : Naik bas untuk ziarah luar Mekah
0730 : Tiba di Jabal Thur
0800 : Panjat Jabal Rahmah dengan Abah, beli kurma muda/fresh
0844 : Ziarah tempat manasik Haji; Muzdalifah, Mina
0930 : Miqat Umrah kedua di Masjid Ja’ranah
1140 : Umrah paling mencabar, tawaf dalam panas terik lepas Zuhur, sebelum tawaf dapat solat depan Ka'abah, nampak Ka'abah tapi bukan solat dalam panas terik di Mataf/dataran Ka'abah)
1330 : Habis tawaf, mula lepas solat Zuhur (kurang sesak, tapi taklah kosong sebab panas terik)
1350 : Mula Sai'e
1640 : Habis Sai'e dan Asar di Masjidil Haram, lunch di luar sebab habis lambat
1715 : Maghrib & Isya' di Masjidil Haram (jalan jauh sangat sebab banyak gate tutup, so dapat solat kat gate yang tak pernah masuk, yg boleh naik electric car, Mama tak larat sangat masa ni huhu, kalau mampu usung saya dah usung Mama :( )
2220 : Dinner di hotel (SR-Selera Ramai)

Manasik haji = rukun2 haji. Jangan risau, saya juga taktahu perkataan ni sebelum ini. Tak terlambat untuk ambil tahu dan belajar ;)
Mataf = dataran Ka'abah. Tempat tawaf ada 3 tingkat, yang paling cepat & dekat ialah di dataran Ka'abah. Tawaf hanya dikira lengkap setelah 7 pusingan tau. Pernahlah tawaf di tingkat 1, memang terasa jauhnya 1 pusingan tu huhu.

Oh, the view IS magnificent. But not my camera phone huhu.

Pemandangan dari tangga depan Hotel. 

Di Jabal Thur

Di Jabal Rahmah, Mama tak panjat, saya dan Abah je hehe

Kita mohon doa pada Dia juga, bukan pada tempat ini.
Cuma boleh berdoa dengan keberkatan tempat ini,
semoga Allah pertemukan saya dengan jodoh yang terbaik pada waktu yang terbaik, Ya Jami'.
Jangan buat pelik2 ya di sini.
Pesanan untuk yang menulis juga, belajar jika taktahu, tanya pada yang lebih tahu.
Nak berdoa pun ada adab dan caranya tau :)

Tak tinggi mana pun Jabal Rahmah tu, lepas turun kita membeli-belah di pasar pekarangan Jabal Rahmah.
Memandangkan tempat2 ziarah begini, menerima beratus2 tetamu setiap hari, maka logiklah tempat parkir bas disediakan. Cuma, mana2 tempat ziarah memang memerlukan 'kaki' untuk betul2 sampai di tempat tersebut.
Itulah salah satu kelebihan menunaikan Umrah pada usia yang muda, pada pendapat saya.
Kita punya kudrat, punya tenaga, jika penat sekalipun, selepas berehat, insyaAllah boleh teruskan hidup seperti biasa. Kenapa saya banyak kali sebut tentang ini?
Sebab, saya kagum dengan kuatnya semangat Mama Abah & jemaah lain, yang kebanyakannya berusia tetapi tetap gagahkan juga tenaga walaupun sakit kaki, sakit lutut dan sebagainya, demi merebut ganjaran yang Allah janjikan di Tanah Suci ini.
Allahuakbar

Inilah rupa buah kurma muda, kelat rasanya. Saya tak berapa suka.
Abah gemar semua jenis kurma, power.

Menuju Muzdalifah

Tempat Arafah bermula di sini

Mina

Sepanjang perjalanan, saya puji kesungguhan mutawwif untuk mengisi masa dengan berkongsi ilmu tentang ibadah haji secara menyeluruh. Kami juga beruntung sebab dapat pemandu bas yang masuk tempat menunaikan haji, walaupun mutawwif kata kadang2 pemandu bas lalu je tempat2 tersebut, alhamdulillah. Jika bukan pengisian baru, ustaz ketuai zikir, selawat, talbiah.
Suasana yang sangat indah, alhamdulillah

Pengisian ustaz sentiasa buat diri saya insaf (in a good way) dan
semoga Allah menjemput kita semua untuk menunaikan ibadah haji
secepat mungkin dalam keadaan mampu dan sihat amiin.

Inilah Miqat kami yang kedua- Masjid Ja'ranah.
Ready for our 2nd Umrah, insyaAllah, dengan bimbingan mutawif.

Bas legend

The magnificent beauty -Ka'abah after Zuhur.

Mummy <3

Ni tempat solat yang nampak Ka'abah, sebab 40 minit sebelum masuk waktu solat, dataran Ka'abah hanya dibuka untuk lelaki. Asalnya, kami mahu buat Umrah sebagai satu kumpulan. Tapi, Allah aturkan yang lain untuk kami. Maka jemaah wanita bolehlah ke kawasan ini untuk solat, dan seterusnya boleh masuk Mataf untuk tawaf.

Cantik je burung tu lalu. Ni lah kumpulan saya, kumpulan 2, alhamdulillah rezeki tak ramai sangat,
memang dapat ingat nama siapa, yang mana, asal mana. Baik2 je semua, syukur alhamdulillah.

Ha inilah mutawwif kami, Ustaz Hafiz. Nama betulnya sungguh panjang,
jadi Ustaz suruh ingat nama gelaran je.

Selalunya jauh, alhamdulillah dekat je

Ni waktu solat di Mekah


Oh, pardon me, haha. Tak mungkin cukup, dengan hanya dua tulisan sahaja mengenai perjalanan Umrah ini. I'll separate it into multiple posts, yeah. Till then. Please don't get bored, and stay tuned hehe ;))

Assalamualaikum, readers :)))

No comments:

Post a Comment