Wednesday, November 16, 2022

Umrah with Mama Abah - Part 4

Assalamualaikum everyone!

Moving on to the last part of the trip, it still feels surreal to have been there, with the love of my life, at such a young age. I've never imagined this day to come, but alhamdulillah, He always surprises me with all the good things even when I don't think I deserved it. Subhanallah alhamdulillah allahuakbar. 

Adapun sebuah perkongsian yang saya pernah dengar; yang menyampaikan kita di Tanah Haram Mekah & Madinah itu adalah Allah yang memampukan setiap hamba yang dijemputNya. Kita mungkin mampu dari pelbagai segi, tetapi jika Allah tidak menjemput kita, maka tak sampailah kita ke sana. Dan apabila kita dijemput, buatlah persediaan sebaiknya, sebab kita taktahu bila lagi kita dapat menjejakkan kaki ke sana. Jadi, ustaz pesan mohonlah doa supaya kita dijemput lagi dan lagi untuk menjadi tetamuNya serta dapat menunaikan Umrah dan Haji secepatnya, amiin.

So, let's continue with my precious journal.

Day 10 (25 Okt 2022) Selasa
0350 : Wakeup gitu
0430 : Subuh di Masjid Nabawi
0600 : Breakfast
0700 : Kumpul di dalam bas untuk ziarah luar Madinah (semasa hendak turun ke tingkat bawah tu lah tiba-tiba ada latihan kebakaran(?), lif tak berfungsi, jadi kena turun tangga, 10 tingkat uiii, shian eomma saya)
0800 : Sampai Masjid Quba’, solat, beli kurma ‘fresh & frozen’
0830 : Sampai di ladang kurma, bergambar
0921 : Turun Jabal Uhud, ziarah perkuburan syuhada’ Uhud, Abah panjat Jabal Uhud
1000 : Habis ziarah luar Madinah
1130 : Zuhur di Masjid Nabawi, lunch at hotel
1530 : Asar di bilik
1748 : Maghrib di bilik (niat nak pergi masjid, tiba2 ada gangguan bekalan elektrik, lif tak berfungsi maka tak boleh turun), Isya’ juga di bilik sebab lif masih tak boleh guna (2 jam tiada elektrik), dinner pun tak turun
 
Masjid Quba' = merupakan masjid pertama dalam Islam, juga masjid kesukaan Nabi. Diceritakan Nabi SAW setelah berhijrah selalu mengunjungi Masjid Quba' pada setiap hari Sabtu. Jaraknya dari Masjid Nabawi ialah kira-kira 3.7km untuk pejalan kaki. Kebetulan setelah pulang ke Malaysia, banyak pula posting di media sosial saya, mengenai Umrah & Ziarah. Dari situ baru saya tahu, para pengunjung juga akan berusaha ke Masjid Quba' pada hari Sabtu dengan hanya berjalan kaki. Agak jauh, tetapi jalannya nampak teratur, ada papan tanda dan kedai-kedai yang kamu boleh singgah jika kepenatan.

Jujurnya, ada banyak perkara yang dikongsikan, dan sebagai seorang yang cetek ilmunya, saya hanya menerima sahaja apa yang disampaikan sepanjang Umrah & Ziarah. Namun begitu, sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap ilmu yang diterima, dan jika saya akan menyampaikannya pula, saya cuba pastikan apa yang disampaikan itu adalah benar. Semak sebelum sebar. Terutamanya jika bercakap mengenai hadis, sejarah kerana terlampau banyak hadis palsu yang masih disebarkan, dengan asbab ia tak mendatangkan keburukan pada sesiapa. Pun begitu, usaha saya agak terhad, kerana saya tidak berguru, dan kebanyakannya jika saya tak jumpa sumber, saya pilih untuk tidak sebarkan. Harapnya para pembaca pun begitu ya? Sentiasa amalkan tapis dan semak sebelum sebar. 

Ha ternampak hotel jemaah TH. Siapa je tak kenal TH ni hehe.

Inilah Masjid Quba' yang telah diperbesar.

Ini pula di bahagian dalam Masjid Quba'.

Silau ya, tu yang nak buka mata ambil gambar pun sebesar tu je.

Sesi membeli-belah kurma sejuk beku. Macam biasa, saya kurang gemar,
tapi Mama Abah suka je hehe

Seronok tengok rezeki orang lain menuntut ilmu di bumi barakah ni. Ada je jumpa warganegara Indonesia di kedai-kedai, kebanyakannya pelajar yang bekerja sambilan khusus untuk menarik pelanggan dari negara serumpun. Memang cakap Indonesia terus, takde Arab/English pun. Malah peniaga di sana pun, semuanya fasih berbahasa Indonesia sebab jemaah dari negara seberang memang ramai.

Kadang-kadang bakat fotografi saya boleh dipuji.
Kadang-kadang hampeh je haha.

Mama yang ambilkan gambar cantik ni hehe.

Tengoklah gambar saya ambil huhu. Tapi fokus saya sebenarnya
pada kucing yang teringin bergambar sekali tu.

I love this one too! Perasan tak ciri-ciri pohon kurma seakan-akan pokok kelapa sawit?
Cumanya, pada ketika itu, bukan musim buah. Jadi, tak jelas sangat bezanya.

Ini bukit yang menempatkan pemanah di tapak peperangan Uhud.
Saya masih tak boleh bayangkan bagaimana hebatnya mereka yang terlibat dalam merancang strategi perang, kerana hakikatnya ia melibatkan nyawa ramai orang.

Papan tanda informasi mengenai bukit pemanah Uhud.

Berhadapan perkuburan para syuhada' Uhud. Biasanya di makam-makam ini akan ada papan tanda peringatan tentang apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang dilakukan di tanah kubur.

Abah seorang sahaja yang panjat Jabal Uhud ni, Mama & saya patah balik ke arah bas.

Sambil menunggu Haji2 yang memanjat Jabal Uhud, ternampak bas untuk 'city-sightseeing' Madinah.
Jika diperhatikan hentian-hentiannya memang lengkap lah ziarah walaupun dengan hanya menaiki bas ini. Jika kamu bercadang untuk buat Umrah & Ziarah tanpa TA, ini mungkin pilihan terbaik semasa di Madinah.

Abah di atas Jabal Uhud. Gagah ya bapa saya.

Jemaah kumpulan 2 di hadapan Masjid Quba'.

Day 11 (26 Okt 2022) Rabu
0000 : Abah ke Raudhah, dengan e-tiket yang dimohon melalui aplikasi Nusuk
0330 : Wakeup
0400 : Subuh di Masjid Nabawi
0600 : Breakfast
0800 : Shopping baju orang lain
0930 : Naik bilik
1100 : Bersiap nak Zuhur Masjid Nabawi
1200 : Zuhur di Masjid Nabawi
1300 : Lunch
1445 : Solat Asar di Masjid Nabawi, cari baju lelaki dan baju Maryam
1715 : Gerak pergi Maghrib di Masjid Nabawi
1745 : Maghrib & Isya' di luar, payung tak tutup harini
2300 : Sepatutnya dijadualkan ke Raudhah, tapi bukan rezeki kami

While in Medina, it felt like we've got a lot of free time. The schedule is not too compact, but if you still have the energy and are willing to go for extra 'ziarah', you can always join them. It's called 'ziarah tambahan', and they are not included in the package. You will have to pay for the 'ziarah' but for me, the prices are reasonable. Though it's our loss that we couldn't join every trip there is especially when we're already there, but we still have to consider our physical wellbeing at that time. Sebelum ke sana, memang rasa boleh buat semua benda tapi apabila di sana, jujurnya memang penat. Tambahan pula, saya rasa agak janggal bergerak tanpa Mama Abah (sindrom anak bongsu tapi bukan bongsu pun), dan ketika itu juga rupanya saya diserang rasa penat kerana simptom PMS. 

Please do remember the disclaimers mentioned in Part 1, especially about republishing any parts of this post by any means, okay? 

I just feel like sharing this info since it's just a normal physiological phenomenon. And because it is quite a significant piece of a puzzle for you to understand the rest of my writings. 

Quoting from a blog writer too - 

"At a young age we are taught that periods are an embarrassing thing for a man to find out about, therefore at all costs you try and avoid letting any male person be aware that you might be menstruating. Mind you, we would not exactly shout from the roof tops that we were menstruating!" 

Source : https://www.hidden-pearls.co.uk 

Anyways, let's get back to our main purpose of this writing hehe.

Ini gate yang saya & Mama selalu pergi untuk ke pintu masuk ke ruang solat wanita.

Tak pernah bosan menyaksikan keindahan masjid ini, masyaAllah.

Uit bidadari lah hehe.

Uit bidadara pula hehe.

Inilah contoh e-tiket atau permit untuk masuk ke dalam Raudhah, maksudnya buat masa sekarang, secara tidak langsung semua jemaah diwajibkan mempunyai telefon pintar. 

Seronok pula tengok aplikasi ini menterjemah nama mengikut abjad satu persatu haha.

Kedai kesukaan kami haha. Tiga kali jugalah ke kedai yang sama :DD Berpatutan sungguhlah harga jubah-jubahnya. Mujur tak beli 10 pasang untuk diri sendiri. Kedai-kedai di Mekah & Madinah semuanya di tingkat bawah hotel, cuma harganya memang mengikut jarak dari tempat utama sama ada Masjidil Haram di Mekah ataupun Masjid Nabawi di Madinah. Semakin dekat dengan tempat tarikan tersebut, semakin mahal, begitu juga sebaliknya. Jadi, membeli-belah lah secara berhemah ;))

Day 12 (27 Okt 2022) Khamis
0330 : Wakey-wakey, sakit betul perut masa solat Subuh
0600 : Balik hotel untuk sarapan
0730 : Letak beg kargo di luar bilik
0750 : Tour Masjid Nabawi, ziarah wada’
0900 : Habis ziarah wada’, rehat
1100 : Lunch diawalkan
1200 : Checkout tapi flight pulang ke KUL pada jam 2230, ETA 1300 hari berikutnya
1230 : Zuhur duduk di lobi, Mama Abah ke masjid
1415 : Pergi cari tandas di Masjid Nabawi, jauh jalan, shian eomma
1500 : Asar duduk di lobi hotel
1630 : Naik bas
1700 : Gerak ke lapangan terbang Madinah
1730 : Sampai di lapangan terbang
1800 : Maghrib & Isya' di surau lapangan terbang
2230 : Masuk flight

Ziarah wada' = ziarah makam Nabi SAW sebagai tanda selamat tinggal sama ada hendak pulang terus ke Malaysia atau hendak meneruskan perjalanan ke Mekah. Digalakkan untuk ke makam Nabi (jika boleh), berdoa, solat sunat dan memberi salam kepada baginda. Ziarah ini juga kami lakukan masing-masing. Ziarah mengelilingi Masjid Nabawi pun diketuai Mama & Abah, sebab saya sahaja yang belum pernah sampai ke sana.

Day 12 (27 Okt 2022) Khamis
1300 : Mendarat di KLIA, alhamdulillah
1500 : Tiba di rumahku syurgaku

Ahh, I'm in love!!

Ini juga merupakan salah satu foto penting dalam diari hidup saya. Terima kasih bonda ayahanda untuk pengalaman berharga ini, tak mampu saya balas dengan apa sekalipun. Moga syurga Firdaus milik kalian berdua amiin.

Menuju ke arah perkuburan Baqi', tapi tak dibenarkan masuk pun. Semasa ziarah wada' ni pun masyaAllah, rasa sakit sangat abdomen. Tak sangka pula rupanya period cramps. Ana ingatkan gastrik huhu.

Kubah yang berwarna hijau itu, di bawahnya ialah makam Nabi SAW. Kami berdiri depan pintu no 1, untuk cuba meneliti binaan di makam Nabi walaupun tidak berapa jelas, tapi disuruh 'Maju, buk, maju' oleh mata-mata Masjid Nabawi.
Mungkin mutawwif terlepas pandang, tapi sepatutnya ziarah dalam Madinah termasuk ziarah sekeliling Masjid Nabawi. Biasalah, mutawwif pun manusia, tak perasan agaknya.

Do's and don'ts at burial ground

Naik bas untuk ke lapangan terbang Madinah

The sky!!


Lama betul menunggu rasanya pada waktu ini. Mungkin disebabkan PMS dan agak lama tak dapat berbaring/berehat sejak checkout, memang tersengguk-sengguk kami di luar menunggu dipanggil masuk. Dan yang paling kelakar, sepanjang tempoh menunggu, suasana diibaratkan seperti medan pertandingan siapa-yang-batuk-kebih-kuat, hehe. Lepas seorang, seorang. Semuanya terkesan dengan perubahan cuaca dan kekeringan udara di Tanah Suci.

Alhamdulillah, akhirnya kami pun masuk ke dalam kapal terbang jam 2200 dan bersedia untuk penerbangan selama 8 jam setengah dari MED-KUL. Saya dapat tempat duduk di bahagian 'aisle', bersebelahan Kak Izah. Sempatlah berbual sedikit, sebelum berlepas. Dan sejurus menikmati makan malam, saya tertidur sebelum sempat bekas makanan saya diambil, dan 'tray' saya masih terbuka.

Maybe because I was too tired and sleepy, and despite the background noise of a child wailing continuously (maybe he's in discomfort, I don't blame him or the parents), I still slept very soundly. I even had a dream. The dream was about my leg room becoming wider and more comfortable. Except that, it was not a dream ☺.

After about 4 hours of flight, I finally woke up to Mama's gentle squeeze of my right arm. Kalau tak dikejut, memang tak bangun sampai KLIA agaknya. First things first, I noticed that my emptied meal box was not there and my food tray was already stowed😮. Then, I look for my 'handbag', since it's the most normal thing to do upon waking up.

To my surprise, Kak Izah who was unable to sleep said "Are you looking for this, adik?", while holding onto my bag. "Akak tak kejut adik sebab nampak nyenyak dan letih sangat. Beg awak jatuh kat 'aisle', lepastu pramugara nampak, dia tanya tu beg siapa. Mujur ada nama awak, akak pun ambillah", she comforted me, as I was expressing extreme guilt and embarrassment while listening to her😦. After thanking and apologizing to her, I then went to the washroom to freshen up.

Funnily enough, it's the same FA who saw me sleeping like a log 😴 from dinner time until we actually touch down at KLIA. I only wake up for meals, and there's 2 of them haha. The same FA who missed putting a cutlery set in my meal, making me wonder for a sec "Am I supposed to eat this with my bare hands now?"😕, then quickly offered me my cutleries😄. The same FA who reproached me using a handphone during takeoff when in reality I was trying to switch it off😐. And the same FA who commented on my way of 'pushing' my cabin bag instead of 'pulling' it haha😅. "It's easier" he said.
Thank you for your wonderful in-flight hospitality and I hoped you find it amusing, as I surely did😂😂😂.  Malu woii tapi tak apalah, harap dapat menghiburkan wkwk.  


Dah sampai ke pangkuan keluarga terchenta.

Not the best picture, but was captured at the right moment.
Salahkanlah telefon Ati gais.

I think this is it. Until now, this is my journal of Umrah with Mama Abah in October 2022, before braving the storm of a HO-ship. See you in the next post, real soon, with a few tips & advices on Umrah & Ziarah.
Till then, assalamualaikum peeps :))

Tuesday, November 15, 2022

Umrah with Mama Abah - Part 3

Assalamualaikum everyone! Welcome or welcome back to my ignoble blog :)

This particular information should've been made informed earlier, but well, I guess this is some kind of later-released-info-to-keep-you-reading? Haha. Though I did mention the dates, specifically speaking our trip is of 12 days 10 nights, with 7 days spent in Mecca and 5 days spent in Medina. Dan selalunya, 2 hari daripada tempoh tersebut, adalah untuk hari perjalanan, dari KUL-JED dan MED-KUL, atau sebaliknya. 

So, let's get into it!

Once we're done with our last Umrah, we are to leave Mecca for Medina, sadly. Tetapi, kesedihan itu hanya sementara, kerana perasaan itu digantikan dengan keterujaan untuk bertemu sosok tubuh yang sentiasa kasih akan kita, walaupun tidak pernah bersua. Menurut sebuah hadis, jika kita berselawat ke atas baginda dari Malaysia sekalipun, selawat dan salam itu tetap akan disampaikan kepada Rasulullah SAW, tetapi keterujaan untuk berada betul-betul dekat dengan tempat Nabi dikuburkan tak dapat saya gambarkan. Segan tapi seronok. 

Para pembaca bolehlah merujuk kepada hadis ini, berkenaan menyampaikan salam & selawat ke atas Nabi SAW.

Berkenaan dengan salam kepada Rasulullah SAW, dikatakan bahawa dengan jarak jauh sekalipun akan sampai kepada Rasulullah SAW. Ini berdasarkan kepada banyak nas, antaranya:
إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً سَيَّاحِينَ فِي الْأَرْضِ يُبَلِّغُونِي مِنْ أُمَّتِي السَّلَامَ
Maksudnya“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang berjalan-jalan di bumi, yang akan menyampaikan kepadaku salam dari umatku.”
Riwayat al-Nasa’ie (1282) dan al-Tirmizi (3600)
dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1480)

Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2962-al-kafi-1010-mengirim-salam-kepada-ahli-kubur

Day 7 (22 Okt 2022) Sabtu
0500 : Subuh di hotel
0830 : Letak beg di lobi hotel, tawaf wada’
0930 : Habis tawaf wada’, rehat, Zuhur di bilik, lunch
1400 : Bertolak ke Madinah naik bas
1630 : Sampai R&R, dinner nasi kering hahah
1900 : Singgah solat di Masjid Abdus Sitar(?) untuk solat jamak, tak jadi singgah Masjid Bir Ali
2130 : Sampai Madinah, check in hotel Nozol Royal Inn (tingkat 10 bilik 08)

Tawaf wada' = juga dikenali sebagai tawaf selamat tinggal. Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, tawaf wada' dilakukan jika hendak meninggalkan tanah suci Mekah atau jika ingin kembali setelah meninggalkannya ke sebuah destinasi yang melebihi 2 marhalah.
Wada'/Wida' = merujuk kepada perkataan yang sama, namun saya tidak cukup ilmu untuk membahaskan perbezaannya dari sudut bahasa. It has been used interchangeably. 
Masjid Bir Ali = ialah miqat untuk berniat Umrah bagi sesiapa yang masuk Mekah melalui Madinah.

Ha tu nama sebenar mutawwif kami. 
Tak panjang pun kan haha.

Untung selipar ni, datang jauh-jauh, pastu terkoyak, pastu dikuburkan di Mekah huhu.
Tapi jujurnya elakkanlah pakai selipar begini, janggal betul pergi ibadah pakai selipar corak kartun.
Ana dah cuba cari selipar lain sebelum pergi, disebabkan ana rasa leceh dan sebagainya, ana pun buat keputusan untuk bawa selipar ungu ni je lah. Tak panjang pun jodoh dengannya.

Mohon abaikan suasana yang agak tidak terurus. Gambar ini diambil sejurus sebelum kami meninggalkan bilik untuk tawaf wada'. Ianya hanya sebagai kenangan tempat kami berteduh di bumi Makkah al-Mukarramah.

Biliknya agak kecil, tapi sudah cukup selesa kerana fungsinya memang hanya untuk tidur/berehat.
Cuma mungkin airnya agak panas untuk kegunaan mandi/istinjak/membasuh. Walaupun tak diserang eczema, tetapi kering jugalah anggota badan dek kerana panasnya air dan keringnya cuaca. Saya tak pasti ini isu pengurusan hotel atau memang isu yang melibatkan semua hotel di Mekah ketika musim panas. Terutamanya air di sinki, panasnya berasap-asap ya huhu. It's just a heads-up for yguys. Bukan bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak tau. Apapun alhamdulillah, ada tempat berteduh, merehatkan diri di sana.

Haruslah kita bergambar kenangan, dengan doa semoga kita dijemput lagi ke bumi barakah ini amiin.

Tak minat minta tolong orang ambilkan gambar, jadi kita berswafotolah di pekarangan Masjidil Haram. Nak bergambar di hadapan Ka'abah perlu sedikit usaha, keberanian & kepantasan. Tak mengapa, kenangan itu akan sentiasa kupahat di dalam minda & hati.

Ini suasana tawaf sekitar jam 9-10 pagi di dataran Ka'abah.

Disebabkan tuala hotel ini sangat selesa, saya pun ambillah gambar jenama & jenis tuala. Benarlah, tak semua yang kita mahu, kita dapat. Tuala ini hanya dijual kepada syarikat-syarikat perhotelan, dan tidak dijual secara runcit ya. Terima kasih Petunia :))

Cuaca di Mekah sepanjang tempoh saya dan keluarga di sana. Panas tapi ketika di sana tak terasa bahang sangat seperti di Malaysia, walaupun suhunya lebih tinggi. 

Selamat tinggal bumi barakah, kami datang lagi ya nanti? 

Dalam perjalanan menuju bumi Madinah, singgah untuk makan malam di sebuah perhentian. Mama kata Pak Arab tu ada iras-iras sepupu Mama. Keluarga kami tak dapat genetik Arab tu hehe.

Inilah makan malam kami. Agak kering untuk tekak Melayu macam saya. Sebab orang Arab memang makan tanpa kuah. Tak mengapalah, asalkan dapat nasi :))

Inilah Hajjah2 dalam kumpulan saya. Ada seorang lagi yang tak berada dalam gambar.
Saya bukan yang paling muda pun haha.

Ini pula Haji2 dalam kumpulan saya.

Langit di Tanah Haram ni memang lain ya. Sentiasa cantik dan menenangkan.

Inilah Masjid yang saya sebut tadi. Direzekikan ke sini menggantikan Masjid Bir Ali.

Setelah menetap di tempat yang agak zuhud di bumi Mekah, kami sangat tak menyangka betapa bezanya penginapan kami di Madinah. Syukur, alhamdulillah.

Ini pemandangan dari tingkap hotel bilik kami. Hotelnya menghadap Masjid Nabawi tapi yang nampak dari tingkap cuma satu menara sahaja. Jaraknya memang dekat, cuma 150m sahaja.

Jika diikutkan kadar bayaran hotel setiap malam, sudah pasti tak mampu kami nak duduk sini. Kami pun tertanya-tanya berapa banyak keuntungan yang syarikat Umrah kami dapat? Sebab rasanya lagi banyak yang kami dapat daripada yang kami bayar, alhamdulillah.
Malah sebelum berangkat ke Mekah pun, pelbagai benda yang kami dapat; sejadah Raudhah, kurma Ajwa, kit ubat kecemasan, buku panduan Umrah, buku Yasin & tahlil. Bahkan urusan visa, tiket kapal terbang, penginapan, pengangkutan, makanan pun semua termasuk dalam bayaran. MasyaAllah memang banyaklah yang kami dapat. Terima kasih TA kami.

Buat kamu yang tertanya-tanya, kami mengambil pakej Umrah bilik ber-3 dengan bayaran lebih kurang Rm7490/orang untuk 12H/10M. Pakej kami ialah 'full-board' iaitu termasuk makanan 3 kali sehari. Memang lebih dari cukup. Jadi, untuk sesiapa yang tak perlu makanan sekerap itu atau teringin cuba makanan tempatan, bolehlah ambil pakej yang menyediakan sarapan sahaja. Pada hemat saya, itu pun sudah memadai. Maybe for first-timers, you'd be shilly-shallying, but fret not insyaAllah, it's not hard finding a restaurant for breakfast, lunch or dinner. 

Mekah khususnya seperti satu tempat yang tidak pernah tidur, kerana sentiasa menerima tetamu setiap waktu. Kedai-kedainya juga tak pernah ditutup setahu saya, kecuali pada waktu solat. Jika di Madinah, lain sedikit, tapi dengarnya tak susah mana untuk mencari makanan. Melaut lah orang kata hehe.


Day 8 (23 Okt 2022) Ahad
0444 : Subuh di Masjid Nabawi
0800 : Kumpul untuk ke Raudhah dengan kumpulan lain, bersama mutawwifah
0900 : Selesai di Raudhah
0925 : Balik hotel
1130 : Gerak pergi Zuhur bersama Abah, pertama kali kena cari ruang solat sendiri sobs (Mama tak berapa sihat masa ni) 
1300 : Lunch
1630 : Ziarah dalam Masjid Nabawi dengan Ustaz Amin
1745 : Baru habis ziarah, berlari pergi perbaharui wudhu’
1749 : Maghrib di Masjid Nabawi, di luar
1830 : Isya' di hotel, kepenatan

Raudhah = merupakan salah satu dari taman-taman syurga. Tempatnya adalah di dalam Masjid Nabawi iaitu di antara mimbar Nabi SAW dan rumah baginda. Keluasannya cuma 330m persegi. Pada tahun-tahun sebelumnya, saya dimaklumkan bahawa kawasan Raudhah dihamparkan dengan karpet berwarna merah untuk membezakan ia dari kawasan masjid yang lain. Namun ketika saya di sana, hamparan karpetnya sama sahaja seperti kawasan masjid, mungkin untuk mengelakkan kes-kes berebut dan sebagainya.

Even when writing this post, I am trying really hard gathering all those minute details, hoping that I won't miss any important message for yguys. Thus, again and again, I am reminded that writing in this blog is one of the ways for me to retain such memorable journey, insyaAllah. So, please don't get me wrong, okay?

Pertama kali menuju ke Masjid Nabawi, seperti yang dijangkakan, ramai manusia di sini, tetapi alhamdulillah tidak sesesak di Mekah.

Just like any other mosques, the entrance for women and men are separated. But initially it felt weird because that isn't the case in Masjidil Haram hehe. And from our hotel, the nearest door is door number 22. Though, it isn't the entrance for women.

There'd be guards at every entrance to avoid 'jemaah' entering from a false gate.

The mosque is such a breathtaking beauty, subhanallah.

And look at the colour palette of the sky!

Ini adalah kawasan beratur sementara menunggu giliran untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.
Untuk pengetahuan pembaca, buat masa sekarang, kemasukan ke dalam Raudhah memerlukan e-tiket yang boleh dimohon melalui aplikasi Nusuk. Namun untuk memudahkan urusan jemaah, TA kamu boleh memohon e-tiket tersebut dan seterusnya melayakkan kamu untuk masuk ke dalam Raudhah sekali. Jika kamu ingin masuk Raudhah beberapa kali, bolehlah memohon melalui aplikasi tersebut. Tak susah pun, cumanya memang ikut rezeki.
Walaupun sistem dah maju, dan agak kurang sesak, kadang-kadang jemaah disuruh datang pada waktu selain yang tertulis di e-tiket tanpa notis awal. Jadi, sebolehnya, ikutlah rombongan ke Raudhah bersama mutawwifah yang sebanyak satu kali itu. Jadual untuk Haji dan Hajjah juga berbeza ya.

Kata mutawwifah, akan ada banyak perubahan tentang tatacara dan pintu masuk ke Raudhah. Ianya bergantung pada kerajaan Arab Saudi, jadi tak semestinya apa yang saya kongsikan sekarang akan terpakai untuk kamu yang membaca. Keep yourself updated, okay?

TA = travel agent

Kawasan Raudhah ini sebenarnya berbentuk segi empat, dan walaupun diasingkan waktu masuk Raudhah untuk Haji dan Hajjah, kawasan Raudhah yang dibuka untuk Hajjah tidak sama dengan Haji. Merujuk pada gambar, binaan di sebalik tirai itu adalah mimbar Nabi SAW dan ianya boleh dilihat secara terus di kawasan Raudhah bahagian lelaki.
Pesan saya, biarpun kita digalakkan untuk memperbanyak doa di Raudhah, janganlah kita mengenepikan adab sesama manusia. Elakkan bertolak2, berebut2. Malulah kita di hadapan Nabi SAW.

Bidadari sorga


It's always fascinating to watch this. Subhanallah <3

Inilah kawasan hotel kami. Sangat dekat, alhamdulillah. Oh ya, jika kamu hendak membeli-belah di sini, carilah kedai-kedai yang semakin jauh dari Masjid Nabawi, insyaAllah harganya lebih murah dan berpatutan.

Sebelum masuk waktu Maghrib, ketika ziarah dalam Masjid Nabawi. Cuma sayangnya, mutawwif tak sempat bawa ronda keliling masjid. Gambar ini diambil sejurus selepas payung-payung gah itu ditutup, sebab dah waktu malam.

And again, look at the sky!! Subhanallah <3


Day 9 (24 Okt 2022) Isnin
0507 : Subuh di hotel, abah subuh Masjid Nabawi
0700 : Breakfast di hotel
1130 : Zuhur di Masjid Nabawi, habis solat jalan2 sikit tengok dunia melalui gate 338, pastu patah balik hotel panaihh
1300 : Lunch di hotel
1535 : Asar di Masjid Nabawi
1715 : Maghrib n Isya' di Masjid Nabawi

Pemandangan dari ruang makan di hotel. Oh ya, dari hotel kami, jika hendak ke Masjid Nabawi, perlu melintas jalan, tapi tak ada lampu isyarat atau laluan pejalan kaki. Pun begitu, pergerakan sentiasa lancar dengan toleransi pemandu dan bantuan polis trafik.

Seronok dapat pergi dengan Mama Abah alhamdulillah.
Rezeki sangat.

Again, just look at the sky!

Terima kasih jadi contoh terbaik buat saya, Mama Abah.
Ketika hati mulai rindu ketenangan di kota Mekah, sejadah di Masjid Nabawi membuatku rasa seolah-olah di sana. Kalau boleh usung sejadah itu bersama ketenangannya sekali, saya mahu!

I think this is it for the third part of my Umrah trip. Stay tuned for another 2 parts I guess? Till then, assalamualaikum dear readers :)))